Rabu, 25 September 2013
buluh bedil @ cakplong
Buluh bedil atau dikenali sebagai cakplong di kalangan masyarakat Kedah. Sejenis permainan yang diperbuat daripada buluh dan pelurunya menggunakan buah cenerai. Permainan yang popular di kalangan kanak-kanak lelaki. Saya ada pengalaman bermainnya bersama abang.Tatkala fikiran menggembara mencari ilham untuk dicoretkan, saya terkenangkan nostalgia bermain cakplong.
Apabila tiba musim buah cenerai, perdu-perdu buluh akan menerima tetamu-tetamu cilik yang bertandang bersama golok atau parang pendek. Buluh-buluh terbaik akan dipilih untuk menghasilkan cakplong. Mohd Faizul atau abang shon merupakan pakar membuat cakplong, ada saja kanak-kanak yang tidak pandai membuat cakplong akan datang mencarinya..abang shon ialah abang saya yang merupakan anak kelima dalam keluarga. Saya merupakan salah seorang kanak-kanak yang selalu meminta dibuatkan cakplong apabila musim cenerai tiba. Namun, abang shon agak keberatan memenuhi permintaan saya, katanya saya perempuan, tidak elok bermain cakplong, bahaya katanya. Namun, saya tetap berdegil, lalu abang shon berkata "kalau nak main cakplong dengan kami, hang pi cari buluh sendiri, kalau ada buluh aku buat bagi...hahahahaha, akhirnya berjaya juga saya memujuknya. Mencari buluh bukan suatu masalah bagi saya, lalu saya mengambil parang pendek dan mengajak Dikja menemani saya. Setelah penat mencari buluh, saya kemudiannya pergi mencari abang shon untuk menuntut janji. Apabila terlihat kelibat sya bersama buluh, abang syon terpaksa akur dan memenuhi permintaan saya, agak lama menunggu akhirnya, cakplong saya siap juga dan bersedia untuk membedil. Agak sakit jika terkena peluru cakplong, tapi itu tidak menjadi masalah, sakitnya sekejap saja asalkan kami seronok.
Tika jemari mencoretkan cerita ini, terasa ingin kembali ke masa lalu, mencari kecerian dan keriangan suatu tika dahulu, keriangan yang menceriakan zaman kanak-kanakku, namun itu semua khayalan, khayalan yang membuai perasaan
Sabtu, 21 September 2013
Ubi punya cerita
Ini kenangan manis saya dan Dikja yang tidak akan saya lupakan...cerita ini cerita ubi.
Cerita ini bermula apabila pada suatu hari kami bersama-sama duduk di pondok kecil di hadapan rumah Dikja, fikiran kami buntu, sudah tidak tahu permainana apa yang patut kami main pada hari itu. Tiba-tiba, saya teringatkan ubi kayu yang ditanam oleh nenek di kawasan berhampiran rumah saya, saya mencadangkan agar kami pergi mengambil ubu kayu itu dan membakarnya untuk dimakan. Akhirnya cadangan saya diterima oleh Dikja...kami memulakan misi. Langkah pertama, kami ke rumah nenek untuk untuk meminta sedikit ubi kayu dan nenek memberi keizinan. Setelah puas bertungkus lumut untuk mengeluarkan ubi itu dari tanah, kami berhasil. Langkah yang kedua, kami pergi ke kebun di belakang rumah saya untuk mencari kayu api. Setelah siap mengumpul kayu api, saya pulang ke rumah meminta wang RM 1 daripada emak untuk membeli mancis, kemudiannya kami kembali ke rumah Dikja dengan membawa ubi kayu dan kayu api. Dikja meminta wang dari emaknya, setelah itu kami bersama-sama berjalan kaki menuju ke kedai runcit Pak Long Nan, kami membeli mancis satu kotak seorang dengan harga 20 sen dan bakinya kami gunakan untuk membeli keropok dan gula-gula.
Setelah semua bahan yang diperlukan tersedia, kami membuat unggun api untuk membakar ubi kayu. Setelah lama menunggu, ubi kayu yang dicampak ke dalam api menjadi hitam, petanda sudah boleh dimakan, melonjak riang kami melihat hasilnya. Namun, ubi kayu itu tidak dapat dimakan kerana hanya luarannya sja yang masak tetapi isi di dalamnya masih keras dan mentah. Tiba-tiba, mak cik Rokiah iaitu mak Dikja datang menjengah kami, lalu kami adukan pada makcik Rokiah, katanya api yang kami buat terlalu besar. Akhirnya, ubi yang masih belum dibakar itu di ambil oleh emak Dikja untuk dibuat kerepek. Semasa menunggu kerepek siap, kami bermain lagi. Ubi lagi yang menjadi barang mainan, tetapi kali ini bukan ubi kayu tetapi ubi keladi yang gatal, pada asalnya kami tidak tahu ubi itu boleh menyebabkan kegatalan, dengah ghairahnya kami menggorek ubi itu sambil bercadang untuk bermain "jual-jual", sambil tangan ligat mengeluarkan ubi keladi itu dari dalam tanah, mulut kami juga ligat menyebut "kami kaya...kami kaya".
Sedang asyik bermain, emak Dikja datang, lalu dia memarahi kami, katanya kenapa main ubi itu, ubi itu gatal, tanpa berlengah kami terus membuang ubi-ubi itu dan selepas itu, tangan kami mulai merasa gatal-gatal dan menjadi kemerahan. Hahahahha...agak lucu bila terkenang peristiwa itu, inilah yang dikatakan, ubi punya cerita.

Jumaat, 20 September 2013
main tiang
Main tiang, satu permainan yang amat popular ketika berada di sekolah rendah. Asal ada masa terluang, kaki mula melangkah ke arah tiang laluan berbumbung disekolah..masing-masing berebut untuk bermain. Apabila loceng rehat berbunyi, semuanya gembira kerana selepas makan aktiviti bermain tiang bakal bermula..sepanjang laluan itu kelihatan di setiap tiang ada orang yang memegang dan keadaan ini menghalang guru-guru untuk berjalan. Acap kali perhimpunan mingguan pada hari ahad, guru disiplin akan memberi amaran agar tidak bermain tiang kerana menggangu laluan para guru..tetapi malangnya amaran itu tidak kami endahkan..yang penting kami seronok.
Pengalaman bermain tiang bersama rakan-rakan pada suatu ketika dahulu sering menjelma tiap kali saya melalui kawasan pejalan kaki untuk pulang ke kolej kediaman..walaupun keadaannya tidak sama tetapi kenangan itu sentiasa muncul di layar fikiran.

Aku dan Dikja..
Famieza atau nama panggilan saya kepada dia "Dikja"...etah betul entahkan tidak, mak cakap kami berkawan dari dalam perut lagi..mungkin mak bergurau. Kami lahir pada bulan yang sama iaitu bulan Disember..tarikhnya cuma berselang 8 hari..mungkin disebabkan faktor itu kami sangat rapat. Dia satu-satunya sahabat baik yang saya ada suatu ketika dahulu..kami bersekolah di tadika yang sama, kampung yang sama, rumah berdekatan, bermain bersama, segala-galanya bersama. Semasa mendaftarkan diri di sekolah rendah, kami terpisah bilik darjah akibat kelewatan Dikja mendaftar masuk ke sekolah..tapi nasib menyebelahi kami apabila masuk darjah 3, kami sekelas, duduk bersebelahan. Kami memduduki kelas yang sama sehingga kami memasuki tingkatan 3, kami terpisah kelas semasa tingkatan 4 kerana dia memilih aliran seni dan saya pula aliran sastera,walaupun terpisah kelas itu tidak bererti kami terpisah, kami masih bersama, rehat, makan, main, tetap bersama.
Nostalgia....begitu banyak nostalgia saya bersamanya, kalau hendak dicoretkan maka letihlah jemari saya. Dahulunya, masa kami banyak dinabiskan dengan main, main dan main. Pulang sahaja dari tadika, saya akan mandi dan makan, selepas itu, saya akan ke rumah Dikja untuk bermain bersama, sehingga tibanya waktu mahgrib barulah sya pulang ke rumah. Sebut saja permainan apa, kami ada pengalamannya, main pondok-pondok, cikgu-cikgu, polis-polis, bila tiba musim bermain layang-layang, kami juga turut serta bermain, jika terlihat orang pergi memancing, kami juga akan pergi. Kami selesa kemana-mana berdua, sehingga pernah suatu hari emak berkata "dari pagi sampai nak masuk waktu malam asyik berkepit saja..kalau la hampa dua orang nie, sorang laki sorang perempuan, dah lama mak suruh nikah.." hahaha..agak lucu apabila mak berkata begitu...sampai begitu sekali mak marah kerana saya selalu tiada di rumah. tetapi situasi berubah selepas adik saya lahir, kami banyak menghabiskan masa dirumah saya.
Itu semua kenangan..kenangan yang tersimpan kukuh jauh di lubuk hati, andai masa itu dapat dikembalikan, alangkah indahnya...tapi itu semua mustahil dan akan terus tersimpan sebagai kenangan.
Khamis, 19 September 2013
menjadi kakak
Pengalaman menjadi seorang kakak....di penghujung usia 5 tahun, kami mendapat berita gembira, mak hamil lagi. Pada perkiraan saya, saya akan menjadi anak bongsu dalam keluarga, tetapi Allah mengurniakan saya seorang adik. Saya diberi peluang merasai pengalaman menjadi seorang kakak. Setiap hari saya bertanya kepada mak "mak..mak..bila adik nak keluar?". Saya begitu teruja untuk menantikan kelahiran adik..setiap hari saya memberitahu emak..bila adik keluar nanti saya nak jaga adik...sehinggalah pada tarikh 27 September 1997 adik selamat dilahirkan. Kelahiran adik menambahkan lagi keceriaan keluarga kami
Setiap hari apabila pulang dari sekolah saya akan duduk disebelah adik, adakalanya saya membuat kerja sekolah yang diberikan disebelah adik. Saya akan menjaga adik bila mak melakukan kerja-kerja rumah kerana kakak-kakak saya yang lain bersekolah. Kini, adik saya sudah dewasa, bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Pengalaman menjadi seorang kakak memang menyeronokan...ada masa baik..ada masa kami bergaduh..dialah teman permainan saya..kemana saya pergi bermain dia akan saya bawa bersama. Walaupun, beza umur kami 5 tahun tetapi kami rapat..dialah teman saya bercerita, berkongsi masalah, berkongsi suka duka..kepada adikku SYAZA..belajarlah bersungguh-sungguh demi keluarga kita!
Rabu, 18 September 2013
20 sen
20 sen...jangan salah faham, 20 sen yang sedang saya bicarakan tiada kaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya mempunyai kisah tersendiri mengenai 20 sen. Menjejak nostalgia, 20 sen ini mengingatkan nostalgia zaman kanak-kanak saya...seorang pelajar tadika KEMAS berusia 6 tahun...
" setiap pagi aku akan dihantar oleh ayah ke tadika sebelum ayah ke kebun untuk menoreh getah, pulangnya pula aku diambil oleh kakak ke-4 iaitu kak Suzi..setiap hari emak akan memberikan wang 20 sen kepada kak Suzi untuk diberikan kepada aku apabila pulang dari tadika..20 sen itu aku gunakan untuk membeli permainan "LEGO " iaitu sejenis permainan yang mempunyai 6 keping yang dicantum menjadi kotak kecil dan didalamnya diisi dengan 2 biji gula-gula...setiap hari apabila pulang dengan membonceng basikal mini kak suzi kami berdua akan singgah di kedai runcit Pak Long Nan..lego itu aku kumpul sehingga aku mampu mencantumkannya menjadi bangunan,robot dan macam-macam lagi...hari-hari 20 sen..20 sen"
Itulah cerita 20 sen saya......

Selasa, 17 September 2013
Satu Permulaan
Alhamdulillah...akhirnya saya berjaya menghasilkan blog ini. Blog ini akan saya gunakan sebagai tempat untuk mengimbau nostalgia sepanjang perjalanan hidup saya selama 21 tahun yang hasilnya akan saya coretkan menjadi sebuah cerpen.
Langgan:
Catatan (Atom)