Jumaat, 20 Disember 2013
sepucuk surat..
Ya Allah..ujian apakah ini? sepucuk surat sampai di rumah, "urusan seri paduka baginda" tatkala membuka lembaran surat itu, tuhan saja yang tahu apa perasaan saya.
"temujanji dengan pegawai perubatan". terkedu seketika. masalah apa ini, sehingga terpaksa bertemu pegawai perubatan. ayat yang terakhir membuatkan diri ini sedikit tersentap. "tuan/puan diinagtkan TIDAK menderma darah di mana-mana selagi tuan tidak hadir sesi temujanji".
ya Allah, kenapa dengan darahku yang pernah di dermakan sebelum ini. sudah empat kali rasanya akau menderma darah. tidak pernah timbul masalah begini. sakitkah aku, adakah ajal semakin menghampiri? saya tidak mampu berkata apa-apa. segalanya diserahkan kepada ALLAH S.W.T.
Khamis, 19 Disember 2013
tanah kelahiranku
alhamdulilllah..tepat jam 7.00 am, 20 disember 2013, diri ini selamat menjejakkan kaki ke tanah kelahiran tercinta, Changlun, Kedah Darul Aman. kepenatan dalam bas mengharungi perjalanan yang jauh seakan hilang setelah menghirup udara segar di kampung halaman. kepenatan hilang apabila terpandangkan wajah-wajah kesayangan yang terlalu dirindui.
alhamdulillah, mereka sihat, terima kasih ya ALLAH kerana sentiasa melindungi mereka, memberi mereka kesihatan yang baik.
ilhamku..
lelaki itu, seorang pendiam, tidak banyak bercakap. namun jauh disudut hatinya dia seorang yang penyayang. dia tidak pandai menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. lelaki itu, lelaki pertama yang menyentuh saya, lelaki pertama yang saya tatap ketika dilahirkan.
dia seorang yang tidak berpelajaran, atas faktor kemiskinan hidupnya dulu. dia berusaha memberi sebuah kehidupan yang baik kepada anak-anak. tidak mahu anak-anak mengikut jejak langkahnya. dia mungkin tidak mampu memanjakan kami dengan kemewahan, tetapi kami tahu kasih sayangnya tiada nilai. terlalu berharga.
ayah, lelaki yang kami sanjungi, yang kami hormati, yang kami kasihi. lelaki yang sudah bersusah payah berpuluh tahun demi kami sekeluarga. menara gading menjadi titik tolaknya, saya berjanji pengorbanan si tua itu akan saya balas.
saat diberi tugasan untuk menghasilkan cerpen yang bertemakan "nostalgia" , berbagai cerita saya cuba imbas kembali untuk ditulis.pada saat akhir, idea belum menjelma. tiba-tiba sebuah perasaan rindu yang membuak-buak terhadap kampung halaman membuatkan saya terkenangkan ayah. lantas ilham itu menjelma, ayah akan dijadikan tonggak utama dalam penghasilan cerpen saya.
" ayah, ayah sumber ilham kakcik, kerana ayah kakcik dapat hasilkan cerpen, walaupun tidak berbakat dalam penulisan kreatif, kakcik berjaya menghasilkannya.
dari 20 kepada 21..
Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur oleh ALLAH S.W.T. 18.12.2013, genaplah usia 21 tahun. syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini. terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan diri ini.
terima kasih buat kedua insan yang telah membesarkan diri ini. tanpa mereka tidak wujud diri ini di muka bumi . mereka membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. tiada limpahan kemewahan yang dicurahkan , hanya kasih sayang yang tiada nilainya. terima kasih mak, ayah.
terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang sudi menyambut hari kelahiran saya. kalian ibarat keluarga saya disini. sesungguhnya, kasih sayang antara kita ALLAH yang wujudkan. doa saya semoga ia berkekalan.
terima kasih buat kedua insan yang telah membesarkan diri ini. tanpa mereka tidak wujud diri ini di muka bumi . mereka membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. tiada limpahan kemewahan yang dicurahkan , hanya kasih sayang yang tiada nilainya. terima kasih mak, ayah.
terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang sudi menyambut hari kelahiran saya. kalian ibarat keluarga saya disini. sesungguhnya, kasih sayang antara kita ALLAH yang wujudkan. doa saya semoga ia berkekalan.
Sabtu, 14 Disember 2013
janji
"dan penuhilah janji,sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya"( Al Isra- 34)
membuat janji itu sememangnya mudah, untuk menunaikannya itu susah kerana janji itu menggunakan mulut manakala untuk menunaikannya menggunakan pergerakan anggota badan.
Ramai diantara kita suka membuat janji tetapi sukar untuk menunaikannya. ingatlah manusia yang memungkiri janji itu tergolong dalam kalangan orang munafik. nauzubillah min zalik.. minta diri dijauhkan menjadi orang-orang yang munafik.
Rasullullah s.a.w di dalam hadis baginda telah mempercirikan golongan munafik dengan tiga ciri utama. dan antara ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji.
"tanda-tanda munafik ada tiga. apabila berbicara, dia dusta. apabila berjanji, dia mungkiri. apabila dipercayai, dia khianat" ( HR. Muslim ).
ingatlah, jika telah berjanji, berusahalah sedaya upaya untuk menunaikannya.
"lembu dipegang pada TALI, manusia dipegang pada JANJI"
Jumaat, 13 Disember 2013
hijrah
Perjalanan menuju keredhaan Allah sentiasa memerlukan banyak penghijrahan dan pengorbanan. penghijrahan yang membawa diri lebih mendekati ALLAH S.W.T. bukan mudah untuk melakukan penghijrahan.


hati tunggak segalanya. hati selalu berbolak balik. sesuatu penghijrahan itu perlu dimulai dengan penghijrahan hati. hijrahkanlah hati terlebih dahulu, kerana hati mampu mengawal perbuatan kita, percakapan kita, tingkah laku kita. hati juga akan menguatkan kita untuk terus menerima dugaan dalam penghijrahan
setelah hijrah hati. barulah hati akan menggerak kita untuk berhijrah dari segi lain. muslimah terutamanya. berhijrahlah dari pakaian yang tidak sempurna agar menjadi sempurna menutup aurat .
Jumaat, 6 Disember 2013
sumber inspirasi
kerana mereka saya wujud di dunia ini. kerana mereka saya disini. mereka kekuatan saya, semangat saya. mereke sentiasa ada kala susah dan senang, mereka ada kala menangis dan ketawa. bangganya rasa punyai mereka sebagai ibu bapa, hanya Allah yang tahu. mereka tidak kaya harta untuk diberikan pada anak-anak tetapi mereka kaya kasih sayang kepada anak-anak. seorang pendiam, seorang kuat berleter, satu gabungan yang sempurna. ayah dengan caranya, tidak selalu marah, mak dengan caranya, kuat membebel. tapi bagi saya, suara itu penawar, bisingnya bukan sengaja, bisingnya punya sebab. tanpa suaranya walau seketika, sunyi rasanya. ayah pula adakalanya boleh bergurau, tapi jangan sampai dia marah. mereka yang saya cintai, yang saya sayangi. sumber inspirasi, sumber ilham, sumber kekuatan dan ketabahan.
Khamis, 5 Disember 2013
sahabat
perwatakan kami berbeza. negeri kami berbeza. dialek yang berbeza. semua itu bukan penghalang. dialah sahabat, dialah keluarga disaat diri ini keseorangan diperantauan. dia ada saat senyuman terukir di bibir, dia ada saat hati resah gelisah. gelak ketawa kami bersama, makan bersama, ke kelas bersama, walaupun berlainan gaya percakapan, perkara itu merapatkan kami.semakin hari semakin saya padanya. tipu kalau kami tidak pernah berselisih faham, tetapi perkara itu mematangkan kami, membuat kami lebih mengenali antara satu sama lain. kepada Azimah, aku sayang kau, kau tahu susah senang aku dekat sini, kau ada untuk dengar semua masalah aku, kau tempat aku bercerita. aku harap hubungan persahabatan ini kekal sampai syurga, aku harap kau tak lupa aku bila kita habis belajar nanti, aku tahu kadang-kadang aku ada sakitkan hati kau, maafkan aku, aku sayang kau azi.
Rabu, 4 Disember 2013
fire drill
sesuatu yang agak memenatkan apabila menerima mesej di awal pagi dan kandungan mesej tersebut langsung tidak diduga. "bersedia ke bilik rawatan, akan diadakan latihan kebakaran. memang sudah sedia maklum, pihak kolej akan mengadakan fire drill dan kami pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia diminta untuk bersedia. fire drill yang tamat hampir pukul 4 pagi memang sesuatu yang memenatkan. hari ini kesan dari fire drill tersebut, badan menjadi lesu, mata seakan-akan sukar untuk dibuka seluasnya. letihnya, rasa seperti ingin menyambung tidur seusai solat subuh, tetapi ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. menghadiri kelas, itu tanggungjawab saya.
Langgan:
Catatan (Atom)