Sabtu, 21 Jun 2014

menghitung hari



hari demi hari...detik demi detik...minit..saat...hari-hari menghitung. menghitung hari untuk menghabiskan semester 4, menghabiskan final exam, menghitung hari untuk kembali ke kampung halaman untuk bertemu insan-insan tersayang.

sungguh-sungguh...hati sudah sampai ke kampung halaman hanya jasad yang masih disini untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan.

sabarlah hati...berapa hari saja lagi. kuatkan semangat. pasti ada kemanisan disebalik pengorbanan ini
.

Rabu, 18 Jun 2014

jurang



menjadi yang terpilih itu indah...menjadi yang tersisih itu sakit. mengapa perlu ada jurang...jurang yang menyakitkan. mengapa adanya jurang...jurang yang melemahkan...jurang yang hampir mematikan hati yang semakin rapuh. mengapa perlu membezakan...mengapa?

tapi...bak kata seorang teman, pilihan manusia pasti ada kekurangan. dengan kata-kata itu aku bagai dihentak, tersedar..mengapa perlu bersedih. ALLAH kan ada..yakinlah pada ALLAH S.W.T. yakinlah pasti ada hikmahnya.

Isnin, 16 Jun 2014

kecewa


ya ALLAH...jauhkanlah aku dari bersikap sedemikian. jauhkanlah rasa kecewa ini dari hatiku ya ALLAH. aku berusaha untuk redha dan pasrah, tapi mengapa hatiku masih memikirkannya ya ALLAH. aku sudah berusaha, tetapi mungkin ia tidak berpihak padaku. mungkin kegagalan ini berpunca dari diriku sendiri. bantulah aku untuk membuang rasa kecewa ini dari hati, kuatkan hatiku..redhakan hatiku untuk menerima semua ini. aku mohon bantuan dan petunjukMU ya ALLAH.

Sabtu, 14 Jun 2014

my hero


AYAH... pernah dulu rasanya salah satu entri blog ini catatan mengenai ayah. MD RADZI B ISMAIL namanya, seorang yang pendiam tidak banyak bicaranya. kemarahannya jarang sekali kelihatan, kelihatan hanya apabila dia benar-benar marah. marahnya bukan kerana benci, tapi inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. seorang lelaki miskin harta, tetapi kaya budi dan kasih sayangnya. dia tidak mampu untuk memewahkan anak-anak dengan harta kekayaan, tetapi dia telah memewahkan anak-anak dengan kasih sayang. dia harta yang ternilai melainkan kasih sayangnya.

my hero...my love...pelindung kami, ketua kami, segalanya-galanya yang dilakukan demi keluarganya. kudrat yang dikerah saban hari bersama pokok-pokok getah itu untuk membesarkan kami. jasanya akan ku kenang sehingga akhir hayat. seorang lelaki yang memahami, tidak pernah mengecewakan, lelaki yang sentiasa namanya dihati, tiada galang gantinya.

AYAH... kakcik sayang ayah. pengorbanan ayah belum tentu kakcik mampu membalasnya, tetapi harapan kakcik, kakcik nak bahagiakan ayah, kakcik nak ayah merasa kejayaan kakcik yang bertunas dari pengorbanan ayah..kakcik harap sangat ALLAH kabulkan doa kakcik. sesungguhnya perjuangan kakcik disini kerana mak dan ayah.

AYAH... kakcik tahu suatu saat ALLAH pasti akan menjemput ayah dan mak kembali...tetapi kakcik harap kakcik berpeluang menunaikan impian kakcik..sungguh kakcik katakan kakcik belum kuat untuk kehilangan mak dan ayah.. mak dan ayah sumber kekuatan kakcik, semangat kakcik, siapalah kakcik tanpa mak dan ayah.

AYAH..terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan ayah untuk kami sekeluarga. kerana sentiasa berusaha membahagiakan kami anak-anak ayah. kakcik tahu hidup kita susah dulu, tapi kakcik bertekad hidup keluarga kita akan kakcik ubah dengan izin ALLAH S.W.T. Itu janji kakcik pada keluarga kita.

AYAH...selamat hari bapa. semoga ayah sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH S.W.T.Semoga diberi kesihatan yang baik dan panjang umur.

aku dan mimpi




"mimpi tu kan mainan tidur..jangan fikir sangat la"

MIMPI...itulah ungkapan yang sering diterima tatkala aku berkongsi cerita tentang mimpi-mimpi yang aku alami. Pernah suatu ketika hampir setiap malam aku didatangi mimpi ngeri. ini cerita lama dahulu...tiga kali aku bermimipi ada orang membunuh ular...ular itu berwarna hitam..ular yang sama rasanya dalam setiap mimpi. namun keadaan itu kembali reda, tidurku nyenyak tanpa gangguan. namun, ia kembali semula dengan versi berbeza, tidur malamku sentiasa ditemani mimpi...aku sering bermimpi perkara berwarna putih, mimpi memetik bunga berwarna putih, mimpi semua orang yang kulihat memakai pakaian berwarna putih dan banyak lagi. seperti selalunya, selepas berhari-hari, berminggu didatangi mimpi itu, keadaan kembali reda.

namun, keadaan itu tidak akan kekal lama. baru-baru ini, aku didatangi mimpi ngeri lagi, aku bermimpi tentang kematian, mimpi pertama aku melihat ada seseorang cuba membunuh diri dengan terjun kedalam sungai dan aku hanya memerhati. aku tidak mengenali langsung wajah manusia dalam mimpi itu, dan itu menimbulkan tanda tanya dalam benakku. kali kedua, paling ngeri, aku melihat ada 3 orang manusia dibunuh dengan kejam dihadapan mata, darah yang mengalir akibat dari pembunuhan itu, banyak tidak terkata, dan mimpi itu menyebabkan aku menjadi takut untuk tidur pada waktu malam. sehingga berminggu aku berkeadaan begitu, selepas subuh baru muncul keberanian dan ketenangan untuk tidur, sehingga aku terpaksa berjumpa ustaz untuk membantu menyelesaikan kekusutan yang aku alami. keadaan reda sedikit, tetapi aku masih dalam trauma. selang seminggu selepas aku berjumpa ustaz, aku didatangi mimpi tentang kematian lagi, ada tiga mayat sedang diusung keluar dari ambulans, dan aku tetap menjadi pemerhatinya. yang menjadi tanda tanya, kenapa aku menjadi pemerhati pada setiap kematian itu sedangkan mereka-mereka yang mati itu langsung tidak aku kenali.

dan semalam, untuk yang ketiga kalinya juga aku bermimpi aku sudah punyai suami. tetapi dari ketiga-tiga mimpi itu, aku hanya mendengar suara dan melihat susuk tubuhnya sahaja, tanpa aku melihat siapa gerangan lelaki itu. petandakah itu..mungkin seru untuk berkahwin sudah sampai..hihihi.

aku dan mimpi berpisah tiada..tanpa aku sendiri pasti, mainan tidur atau petanda yang aku sendiri tidak pasti. hanya ALLAH yang mengetahuinya.


mudahnya merapuh


ya ALLAH..kuatkanlah hati ini, tabahkanlah hati ini, semakin hari semakin rapuh ia. Kuatkan imanku ya ALLAH dalam menerima dan menghadapi ujian dan dugaan dariMU. aku semakin merapuh ya ALLAH..hanya padaMU aku memohon pertolongan dan bantuanMU.

tabahkankan hatiku dalam meneruskan perjuangan ini, bantulah aku dalam melakukan pengorbanan ini, pengorbanan demi insan-insan tersayang. saat hati seakan berputus asa...dua wajah menjelma, mengingatkan aku pada pengorbanan ini..perjuangan aku perlu diteruskan. tapi adakalanya aku tewas dengan godaan dan hasutan syaitan yang melemahkan aku.. bantulah aku ya ALLAH..bantu aku untuk menguatkan hati ini.

Khamis, 5 Jun 2014

Hamba Allah



siapa kita? apa keturunan kita? biasa atau bangsawan? pangkat kita? sebanyak mana harta? cantikkah kita? 

Kita semua sama pada pandangan ALLAH S.W.T...semuanya hamba ALLAH. kita semua sama sahaja mungkin nikmat yang diberi kepada kita berbeza-beza. Tetapi kelebihan yang diberikan untuk disyukuri nikmatnya bukan untuk kita menindas, menghina, menganiaya, bukan untuk dibanggakan. Mengapa perlu angkuh, riak, bongkak dengan pinjaman ALLAH S.WT. 

Kecantikan pada mata manusia yang kita agungkan..yang kita risaukan yang kita jaga serapi-rapinya. Tapi terjagakah 'kecantikan' pada pandangan ALLAH. Ciptaan dan kurniaan ALLAH segalanya indah, tiada tandingan. Tapi...sering saja ada yang mempertikai. Mengapa perlu dipertikaikan? Sedangkan yang 'mempertikai' itu jua ciptaan ALLAH..cuma diberi sedikit nikmat sudah menjadi alpa.

Sebaik-baik manusia..sejahat-jahat manusia..semulia mana pun manusia itu.. siapa kita untuk menilai. Kita semua sama..Hamba Allah. Kerdilnya diri kala mengingati siapa kita pada pandangan ALLAH bukan pada pandangan MANUSIA.

Tiada manusia yang sempurna. Muhasabah diri. Pupuk hati agar menjadi insan yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi.