Sabtu, 14 Jun 2014

my hero


AYAH... pernah dulu rasanya salah satu entri blog ini catatan mengenai ayah. MD RADZI B ISMAIL namanya, seorang yang pendiam tidak banyak bicaranya. kemarahannya jarang sekali kelihatan, kelihatan hanya apabila dia benar-benar marah. marahnya bukan kerana benci, tapi inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. seorang lelaki miskin harta, tetapi kaya budi dan kasih sayangnya. dia tidak mampu untuk memewahkan anak-anak dengan harta kekayaan, tetapi dia telah memewahkan anak-anak dengan kasih sayang. dia harta yang ternilai melainkan kasih sayangnya.

my hero...my love...pelindung kami, ketua kami, segalanya-galanya yang dilakukan demi keluarganya. kudrat yang dikerah saban hari bersama pokok-pokok getah itu untuk membesarkan kami. jasanya akan ku kenang sehingga akhir hayat. seorang lelaki yang memahami, tidak pernah mengecewakan, lelaki yang sentiasa namanya dihati, tiada galang gantinya.

AYAH... kakcik sayang ayah. pengorbanan ayah belum tentu kakcik mampu membalasnya, tetapi harapan kakcik, kakcik nak bahagiakan ayah, kakcik nak ayah merasa kejayaan kakcik yang bertunas dari pengorbanan ayah..kakcik harap sangat ALLAH kabulkan doa kakcik. sesungguhnya perjuangan kakcik disini kerana mak dan ayah.

AYAH... kakcik tahu suatu saat ALLAH pasti akan menjemput ayah dan mak kembali...tetapi kakcik harap kakcik berpeluang menunaikan impian kakcik..sungguh kakcik katakan kakcik belum kuat untuk kehilangan mak dan ayah.. mak dan ayah sumber kekuatan kakcik, semangat kakcik, siapalah kakcik tanpa mak dan ayah.

AYAH..terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan ayah untuk kami sekeluarga. kerana sentiasa berusaha membahagiakan kami anak-anak ayah. kakcik tahu hidup kita susah dulu, tapi kakcik bertekad hidup keluarga kita akan kakcik ubah dengan izin ALLAH S.W.T. Itu janji kakcik pada keluarga kita.

AYAH...selamat hari bapa. semoga ayah sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH S.W.T.Semoga diberi kesihatan yang baik dan panjang umur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan