20 sen...jangan salah faham, 20 sen yang sedang saya bicarakan tiada kaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya mempunyai kisah tersendiri mengenai 20 sen. Menjejak nostalgia, 20 sen ini mengingatkan nostalgia zaman kanak-kanak saya...seorang pelajar tadika KEMAS berusia 6 tahun...
" setiap pagi aku akan dihantar oleh ayah ke tadika sebelum ayah ke kebun untuk menoreh getah, pulangnya pula aku diambil oleh kakak ke-4 iaitu kak Suzi..setiap hari emak akan memberikan wang 20 sen kepada kak Suzi untuk diberikan kepada aku apabila pulang dari tadika..20 sen itu aku gunakan untuk membeli permainan "LEGO " iaitu sejenis permainan yang mempunyai 6 keping yang dicantum menjadi kotak kecil dan didalamnya diisi dengan 2 biji gula-gula...setiap hari apabila pulang dengan membonceng basikal mini kak suzi kami berdua akan singgah di kedai runcit Pak Long Nan..lego itu aku kumpul sehingga aku mampu mencantumkannya menjadi bangunan,robot dan macam-macam lagi...hari-hari 20 sen..20 sen"
Itulah cerita 20 sen saya......
dahulunya hanya dengan 20sen dapat membeli sengkuang calit, tapi pada zaman sekarang, sengkuang calit dah RM2.. dan bukannya 20sen lagi..
BalasPadam