Alhamdulillah.. Allah mendengar permohonan dan rintihan hambanya. mohon dilapangkan dada, dipermudahkan segala kerja,diberi fikiran yang cerdas dan sentiasa bersabar. Allah..Allah..doa hambanya yang hina ini didengari. dengan bantuan-NYA..segalanya menjadi mudah. terasa seperti ada beban yang berkurang di bahu.Yakinlah pada Allah, kerana dia Maha Mengasihani. Allah tidak pernah melupakan hamba-hambanya, sebaliknya, hamba-hambanya yang selalu melupakan Allah, dicari ketika dalam kesusahan, dilupakan apabila senang. sekali lagi hamba memohon, jauhilah hamba dari bersifat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan