Jumaat, 4 Oktober 2013
satu penyesalan
menyesal kemudian tiada gunanya....hanya itu yang mampu diperkatakan. dari jauh terlihat kelibatnya, dalam hati begitu teruja, ingin aku bertegur sapa bersama beliau. namun apabila kelibatnya menghampiri di suatu sudut aku berdiri, aku menjadi kelu, terasa begitu kerdil diri ini untuk menghampiri dan menegur beliau yang mempunyai pengaruh dan dikenali ramai. aku hanya membiarkan beliau mengatur langkah tanpa aku berbuat sesuatu, apabila kelibatnya mulai menghilang dari pandangan, tunas-tunas penyesalan mulai tumbuh, membiak dalam sanubari..kalau aku punya sedikit keberanian sebentar tadi..tunas-tunas penyesalan itu tidak akan menggangu ruang sanubariku..semua itu telah berlalu dan aku biarkan ia berlalu pergi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ada sebabnya kenapa Allah tahankan rasa itu dalam hatimu :) mungkin ada rencana lain yang DIA aturkan untukmu. sabar. dan jangan menyesal. Nabi tak suka orang menyesal. berdoalah supaya ada ditunjukkan hikmah, inshaAllah :)
BalasPadam