Alhamdulillah..sejak hari pertama menjejakkan kaki di bumi jelapang padi, di pekan kecil kesayanganku iaitu Changlun, ALLAH menurunkan rahmat hujan pada setiap hari. boleh dikatakan setiap hari bumi jelapang padi dibasahi hujan..adakala timbulnya pada seawal pagi, ada harinya pada ketika semua manusia diulit mimpi, ada ketika sepanjang hari ia turun. manusia kadangkala merungut pabila hujan menimpa bumi , katanya mengganggu aktiviti harian dan sebagainya, Subhanallah , jangan merungut kerana setiap yang Allah jadikan itu ada kebaikannnya, masih ada hidupan di bumi ini memerlukan hujan. bersyukurlah Allah masih menurunkan hujan buat kita. hari ini di bumi jelapang padi, hujan turun lagi, Alhamdulilllah..sejuk bumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan